Anda mesti memenuhi syarat-syarat berikut untuk dipertimbangkan bagi kemasukan ke Program Sarjana Muda UNITAR:

  • Lulus STPM dengan Gred C minima (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran, dan lulus Matematik dan Bahasa Inggeris dalam SPM atau setara;  ATAU
  • Lulus STAM dengan gred minimum Jayyid, dan lulus Matematik dan Bahasa Inggeris dalam SPM atau setara; ATAU
  • Sebarang kelayakan lain yang setara dengan Diploma dan Diploma Lanjutan (Tahap 4 & 5, MQF), dengan minimum CGPA 2.00; ATAU
  • Lulus Matrikulasi / Asasi (foundation) dengan PNGK (CGPA) minima 2.00 atau setara;  ATAU
  • Sebarang kelayakan lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; ATAU
  • Lulus BTEC Tahap 4 & 5 dan lulus SPM atau setara, dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kredit dalam subjek apapun; DAN
  • Bagi pelajar antarabangsa, adalah wajib untuk mendapatkan skor minimum 5.5 untuk IELTS atau setara.
  • Syarat kemasukan untuk ke program Sarjana Muda (Tahap 6, MQF) melalui APEL seperti yang diluluskan oleh Kementerian Pelajaran (MOHE). Pemohon mestilah / mempunyai::
    1. Warganegara Malaysia; dan
    2. Calon mestilah berusia lebih dari 21 tahun pada tahun permohonan;
    3. Pengalaman kerja yang relevan / pembelajaran pengalaman sebelumnya; dan
    4. Lulus Penilaian APEL