Guru sebagai pendidik seharusnya melakukan perancangan yang sangat teliti terutama dalam proses pembelajaran. Mereka hendaklah mengunakan pelbagai cara untuk memastikan proses pembelajaran menjadi lebih efektif. Bukan saja mengunakan kemudahan terkini yang sedia ada seperti computer, telefon pintar bahkan guru juga perlu mengambil alternatif lain bagi mempelbagaikan proses pembelajaran. Sebagai contoh, guru seharusnya memperkenalkan unsur bermain dalam pembelajaran. Terdapat pelbagai contoh untuk aktiviti bermain yang dapat digunakan oleh guru semasa proses pembelajaran dan pendidikan awal kanak kanak termasuk berdrama, bercerita dan lain lain lagi.

Menurut, Mariana & Siti Hawa (2009), dalam kehidupan sosial kanak kanak, bermain merupakan salah satu pencetus kepada pertumbuhan perkembangan kanak kanak terutamanya kemahiran sosial dan emosi. Hal ini terbukti bahawa apabila kanak kanak bermain dengan rakan mereka, ini dapat membantu kanak kanak untuk menyesuaikan diri dengan orang lain. Dengan cara bermain juga ianya dapat memberikan pengalaman yang berguna kepada kanak kanak bagi meningkatkan kemahiran sosial dan mereka juga boleh belajar  mengawal diri apabila bergaul dengan rakan mereka. Tambahan pula, Mariana & Siti Hawa (2009) menjelaskan, aktiviti bermain juga dapat menyumbang kepada peningkatan  perkembangan bahasa kanak kanak dengan cara pengunaan isyarat bahasa ketika bermain.

Samuelsson dan Carlsson (2008) dalam artikal, Jaslinah (2012), mereka menjelaskan sistem pendidikan awal kanak kanak sepatutnya mengabungkan aktiviti pembelajaran dan aktivit bermain. Bagi kanak kanak, aktiviti bermain merupakan rutin harian untuk mereka untuk mengenal dan belajar erti kehidupan. Mereka menghabiskan masa dengan cara bermain bersama rakan sebaya dan membina keperibadian diri semasa bermain. Ini dapat dijelaskan, pengajaran dan pembelajaran bahasa dengan cara bermain dapat meningkatkan kemahiran bahasa dan literasi dapat dipupuk apabila kanak kanak bermain dengan rakan mereka. Belajar melalui permainan merupakan salah satu proses yang pembelajaran yang melibatkan kesan positif sama ada gembira, seronok, bersuka ria serta gelak ketawa sesama mereka.

Sehubungan dengan itu, aktiviti bermain dapat meningkatkan kemahiran bahasa kanak kanak dari masa ke sesama yang lain. Sebagai contoh, Cristie dan Roskos (2009) berpendapat kebanyakan kanak kanak mampu mengenal pasti perkataan yang digunakan oleh mereka ketika bermain. Sebagai contoh, kanak kanak lebih gemar mengunakan perkataan yang santai ketika bermain, mereka lebih peka sekiranya pembelajaran diadakan secara santai tanpa memberikan tekanan kepada mereka. Justeru itu, belajar melalui bermain merupakan pendekatan terdekat dalam pembelajaran di peringkat awal kanak kanak prasekolah.

Selain itu, perkara ini boleh dibuktikan dengan kajian oleh Hamzah Dadu (1994), Kementerian Pendidikan Malaysia dalam buku panduan aktiviti prasekolah telah mengelompokkan aktiviti aktiviti permainan kepada beberapa kategori iaitu berstruktur, fizikal, kreatif, kumpulan, imaginative dan bebas. Bagi memastikan alat pembelajaran dengan cara bermain akan lebih berkesan, guru seharusnya memantau proses pembelajaran kanak kanak serta memberikan pemantaun yang sewajarnya bagi menghasilkan mutu pembelajaran yang optimum kepada kanak kanak. Guru merupakan role model dan berperanan penting dalam proses pembelajaran kanak kanak terutama sewaktu memberikan bimbingan dan dorongan ketika proses pembelajaran.

Secara keseluruhannya, proses pembelajaran melalui cara bermain juga adalah bersesuaian dan sangat penting untuk pendidikan awal kanak kanak. Ini kerana dengan cara bermain ianya dapat merancang proses pembelajaran kanak kanak menjadi lebih efektif kerana ianya adalah berasaskan persekitaran semula jadi. Guru dan ibubapa seharusnya lebih kreatif dalam merancang dan menentukan suasana pembelajaran yang berkesan kepada kanak kanak serta dapat melahirkan generasi yang cemerlang pada masa akan datang.