INSTITUT TEKNOLOGI A.N.S

Kota Bharu

KPT/MQA: [R2/010/3/0427(MQA/FA 1742)02/27]

Tempoh: 1 Tahun

  • Lulus SPM atau yang setaraf dengannya, dengan sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran; ATAU
  • Lulus UEC dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
  • Lulus O-Level dengan sekurang-kurangnya Gred C dalam lima (5) mata pelajaran; ATAU
  • Mana-mana kelayakan lain yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

Asasi dalam Pengurusan memberi pelajar pemahaman yang baik dan persediaan yang kukuh untuk mereka sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam pengurusan atau bidang lain yang diminati mereka. Ini akan membantu menyediakan pelajar dengan pengetahuan yang lebih mendalam dalam bidang pengurusan dan membolehkan mereka menjadi lebih analitikal apabila mengurus bidang kerja tertentu.

KPT/MQA: [R2/345/4/0154(MQA/FA 1709)02/27]

Tempoh: 2 1⁄2 Tahun

  • Lulus SPM / SPMV / O-Level dengan kepujian sekurang-kurangnya 3 mata pelajaran; ATAU
  • Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) (Tahap 3 MQF) dalam bidang berkaitan tertakluk kepada kelulusan Senat dan WAJIB menghadiri kursus penyambung; ATAU
  • Mana-mana kelayakan yang setaraf dengan Sijil (Tahap 3, MQF)

Diploma dalam Pentadbiran Perniagaan ialah kursus serba boleh yang memberikan pelajar pemahaman yang baik tentang persekitaran perniagaan dan konteks organisasi. Ia membolehkan pelajar membangunkan kemahiran profesional dan pandangan dalam menguruskan perniagaan dengan penekanan pada operasi dan praktikal.

KPT/MQA: [R2/143/4/0023(MQA/FA 1703)01/29]

Tempoh: 2 1⁄2 Tahun

  • Lulus SPM atau yang setaraf dengannya, dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran; ATAU
  • Lulus STPM atau yang setaraf dengannya, dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (CGPA 2.0) dalam mana-mana mata pelajaran; ATAU
  • Lulus STAM dengan sekurang-kurangnya Gred Maqbul; ATAU
  • Lulus SKM Tahap 3 dalam ‘Pengasuhan Awal Kanak-kanak/Prasekolah / Early Childcare for Children/Pra-School’ tertakluk kepada kelulusan Senat dan WAJIB menghadiri kursus bridging; ATAU
  • Lulus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau yang setaraf dengannya

Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak bertujuan menyediakan peluang pembangunan profesional kepada bakal guru prasekolah untuk memiliki kelayakan diploma. Secara khusus, program ini melengkapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan untuk mereka bekerja dalam industri yang melibatkan kanak-kanak seperti prasekolah, pusat Asuhan & perkembangan Kanak-kanak, pusat Pengayaan kanak-kanak,
pusat permainan kanak-kanak, taman tema dan sebagainya.

KPT/MQA: [R2/345/6/0969(MQA/FA 1711)02/29]

Tempoh: 3 Tahun

  • Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya Gred C (GP 2.0) dalam mana-mana DUA mata pelajaran dengan kelulusan Matematik;
    ATAU
  • Lulus STAM dengan sekurang-kurangnya Gred Jayyid dengan lulus dalam Matematik; ATAU
  • Matrikulasi atau Asasi dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
    Diploma (Tahap 4, MQF) dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00

Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) disesuaikan untuk memberi peluang kepada pelajar melanjutkan pelajaran dalam mana-mana persekitaran perniagaan pilihan mereka yang membawa kepada kerjaya yang berjaya. Pelajar boleh mendalami pengetahuan dan kemahiran mereka melalui bidang pengetahuan yang direka untuk laluan kerjaya tertentu.

KPT/MQA: R2-DL/142/6/0014(MQA/FA 1859)01/29

Tempoh: 3 Tahun

  • Lulus STPM atau yang setaraf dengannya, dengan sekurang-kurangnya Gred C (GPA 2.00) dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran;
    ATAU
  • Lulus STAM dengan gred minimum Jayyid; ATAU
    Matrikulasi/Asasi atau yang setaraf dengannya, dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
  • Diploma atau yang setaraf dengannya, dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00

Sarjana Muda Pendidikan direka untuk membolehkan pelajar berjaya menguasai pengkhususan dalam Matematik, Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) atau Bahasa Melayu. Program ini bertujuan untuk menyediakan guru atau pelatih masa depan dengan pengetahuan dan pengalaman, kemahiran praktikal, akauntabiliti, beretika dan mampu mencabar diri mereka dengan pelbagai tuntutan dalam meningkatkan kerjaya mereka.

KPT/MQA: [R2-DL/143/6/0125(MQA/FA 1872)04/29]

Tempoh: 3 Tahun

  • Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya Gred C (GP 2.0) dalam mana-mana dua mata pelajaran atau yang setaraf dengannya; ATAU
  • Lulus STAM dengan gred minimum Jayyid; ATAU
  • Lulus UEC dengan minimum Gred B dalam lima (5) mata pelajaran; ATAU
  • Lulus Matrikulasi/Asasi atau yang setaraf dengannya dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.0; ATAU
  • Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau yang setaraf dengannya dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.0; ATAU
  • Diploma dalam mana-mana bidang atau yang setaraf dengannya dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.0

Program Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak bertujuan menyediakan peluang pembangunan profesional kepada bakal guru prasekolah untuk memiliki kelayakan ijazah. Secara khusus, program ini melengkapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan untuk mereka bekerja dalam industri yang melibatkan kanak-kanak seperti prasekolah, pusat Asuhan & perkembangan Kanak-kanak, pusat pengayaan kanak-kanak, pusat permainan kanak-kanak, taman tema dan sebagainya.

(MQA/PA12054/N/812/4/0196/190819-18/08/24)

Durasi: 2 1⁄2 Tahun

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • SPM minima 3 kredit mana-mana subjek

Galeri