Anda mesti memenuhi syarat-syarat berikut untuk dipertimbangkan bagi kemasukan ke Program Diploma UNITAR:

  • Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kredit dalam mana-mana subjek;  ATAU
  • Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana subjek;  ATAU
  • Lulus STAM dengan Gred Maqbul minimum;   ATAU
  • Lulus SKM Tahap 3 dalam ‘Pengasuhan Awal Kanak-Kanak / Prasekolah / Penjagaan Anak Awal untuk Kanak-Kanak / Pra Sekolah’ dan lulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya satu (1) kredit dalam mana-mana subjek;  ATAU
  • Lulus BTEC tahap 3 dan lulus SPM atau setara, dengan sekurang-kurangnya satu (1) kredit dalam mata pelajaran apa pun; ATAU
  • Lulus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak atau yang setaraf dengannya; ATAU
  • Lulus TOEFL dengan markah minimum 500 mata atau markah 5.0 dalam IELTS untuk pelajar antarabangsa.
  • Pemohon ke dalam program Diploma (Tahap 5, MQF) melalui APEL, mestilah warganegara Malaysia yang berumur lebih daripada 20 tahun pada tahun permohonan dengan pengalaman kerja yang berkaitan / pembelajaran pengalaman terdahulu dan lulus penilaian APEL.