Selamat datang ke INSTITUT TECHNOLOGI ANS

Institut Teknologi A.N.S ialah sebuah kolej swasta yang terletak di tengah bandar Alor Setar dan mempunyai dua cawangan lain di Kota Bharu dan Johor Bahru. ANS juga dikenali sebagai Pusat Pembelajaran Wilayah Unitar International University.

Visi

Menjadi sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang fokus terhadap pembangunan modal insan yang seimbang dari segi intelek, emosi, sosial, rohani dan jasmani.

Misi

  • Melahirkan graduan yang berbakat cemerlang dari segi pemikiran kreatif dan strategik serta berkemahiran dalam keusahawanan dan kepimpinan selaras dengan perkembangan Model Ekonomi Baru (MEB).
  • Menyediakan standard pengajaran dan pembelajaran yang inovatif dan berdaya saing bagi menyokong keperluan industri.
  • Menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.
  • Berusaha untuk menarik lebih ramai pelajar antarabangsa untuk belajar di Malaysia.

Tuan Haji Mohd Nasir bin Idris

Ketua Pegawai Eksekutif

Institut Teknologi A.N.S diketuai oleh Tuan Haji Mohd Nasir bin Idris selaku Ketua Pegawai Eksekutif kini telah mencapai hampir 1000 pelajar dan pernah memcecah 3000 pelajar jumlah keseluruhan termasuk yang telah menamatkan pengajian dari ketiga-tiga cawangan Alor Setar, Kota Bharu dan Johor Bahru.

Institut Teknologi ANS Kota Bharu diketuai oleh Tuan Haji Ramlan bin Awang Omar dan Institut Teknologi ANS Johor Bahru diketuai oleh Cik Hajah Khairul Safinaz binti Arsib. Jumlah keseluruhan staff termasuk semua tenaga pengajar kini telah mencapai 70 orang. Selain daripada program homegrown sendiri dan program Unitar, A.N.S juga menawarkan program dari Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Tuan Haji Ramlan bin Awang Omar

Pengurus Cawangan Kota Bahru

Cik Hajah Khairul Safinaz binti Arsib

Pengurus Cawangan Johor Bahru

1992
2006
2008
2009
2011

1992

Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) Cawangan Alor Setar

2006

ITTAR berabung dengan Universiti Tun Abdul Razak (Pusat Wilayah UNITAR Alor Setar)

2008

Penjenamaan Semula UNITAR – UNIRAZAK menjadi Pusat Wilayah UNIRAZAK Alor Setar

2009

“RAZAK Campus” & “PINTAR Campus” dipecah menjadi entiti berasingan dan PINTAR Campus dekenali sabagai Unitar Internation University Kampus Alor Setar ialah Pusat Pembelajaran Wilayah Unitar Alor Setar

2011

Selepas Proses MBO pada 5/2010 wujudnya Institut Tekmnologi A.N.S yang telah mendapat perakuan pendaftaran pada 22 November 2011.