DIPLOMA IN EARLYSHILDHOOD EDUCATION [subject : Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu untuk Kanak-Kanak]

5 Saluran Youtube Bahasa Melayu Yang Bagus Untuk Anak Anda

Siapa sahaja yang tidak sukakan YouTube?! Daripada tutorial solekan, ke rancangan sitkom kegemaran anda ke video yang mengajar anda bagaimana untuk memperbaiki pintu rumah anda, semuanya boleh anda tonton di platform ini. Menyedari bahawa YouTube mengandungi banyak kandungan pendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak, hari ini, ramai ibu bapa yang menggunakannya sebagai satu medium untuk mengambil perhatian atau memujuk anda mereka. Ada juga ibu bapa yang tidak bersetuju dengan pendedahan alatan digital yang terlalu awal buat kanak-kanak.

EJEN ALI

Dengan tayangan filem terbarunya yang mencecah kutipan RM 6.4 juta dalam masa 3 hari, tidak dapat dinafikan bahawa Ejen Ali telahpun memperoleh tempat dihati para penonton tak kira muda atau tua. Melalui saluran YouTube Ejen Ali, anak anda dapat mengikuti pengembaraan seorang pelajar Darjah Enam bernama Ali yang tidak sengaja direkrut menjadi penyiasat dalam satu agensi perisikan  yang bernama M.A.T.A (Meta Advance Tactical Agency). Karakter Ali yang sangat aktif, berani serta sangat kritis dalam menyelesaikan sesuatu masalah juga boleh dijadikan contoh yang baik buat anak anda. 

DIDI AND FRIENDS

Dengan pengikut seramai 2.9 juta orang, Didi & Friends ialah saluran media belajar sambil berhibur yang ditujukan buat kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke bawah. Siri animasi ini berkisarkan sekawan tiga ekor ayam serama yang bernama Didi, Jojo dan Nana yang mengajar lagu rakyat popular seperti Papaku Pulang Dari KotaTepuk Amai Amai, dan Rasa Sayang. Karakter ini juga menterjemahkan lagu popular kanak-kanak seperti Semut Berkawad (The Ants Go Marching) dan  Tayar Bas (The Wheels on the Bus), supaya si kecil boleh mempelajarinya dalam Bahasa Melayu. Setiap hari Isnin, Didi & Friends akan mengeluarkan video terbaru buat penonton setia mereka. 

OMAR DAN HANA

Dikenali sebagai kartun Islamik nombor 1 di Malaysia, siri YouTube yang dicipta pada tahun 2016 ini telahpun mencapai lebih 1 billion tontonan di platform tersebut. Secara umumnya,  lagu kanak-kanak yang dinyanyikan oleh Omar dan Hana lebih fokus mengajar kanak-kanak mengenai akhlak dan amalan mulia yang dianjurkan Islam dengan cara yang lebih menyeronokkan dan interaktif. Melalui siri ini, si cilik anda boleh mempelajari cara berzikir, bagaimana untuk membantu ibu bapa di rumah serta adab menghormati orang tua. Setahun selepas pelancarannya, video Omar dan Hana juga telah diterjemah kepada Bahasa Inggeris bagi mereka yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama mereka.

MALAYSIAN FAIRY TALES

Jika dahulu, kita mengetahui perihal kisah dongeng melalui buku fizikal, kini anak anda boleh mempelajarinya melalui saluran YouTube Malaysian Fairy Tales! Antara cerita dongeng popular yang diterjemah kepada bahasa Melayu termasuklah Aladdin dan Lampu AjaibPuteri Duyung, dan Si Jelik dan Si Jelita. Kebanyakkan cerita ini berdurasi 15 ke 20 minit, dan ianya juga boleh di dapati dalam bahasa lain seperti Bahasa Cina, Perancis dan lain-lain.

LES’ COPAQUE PRODUCTION

Siapa sahaja tidak mengenali Upin dan Ipin? Kisah Upin dan Ipin terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia kerana konsepnya yang amat santai, lucu serta menerapkan banyak aspek kebudayaan negara yang berbilang kaum ini. Gelagat si kembar cilik yang tinggal bersama kakaknya yang garang dan si opah yang baik hati pasti saja mencuit hati anda sekeluarga di saat mengenangkan telatah anak anda yang mungkin sama dengan karakter dalam cerita ini, atau diri anda sendiri ketika anda kecil. 

SEBAGAI LANGKAH BERJAGA-JAGA…

Bercakap mengenai anak-anak, tangan mereka selalu saja tidak duduk diam. Maka, ada kemungkinan mereka akan mengklik video yang mempunyai unsur 18 ke atas tanpa sengaja kerana sifat ingin tahu mereka. Sebagai langkah berjaga-jaga, aktifkan ciri kawalan ibu bapa yang boleh menapis kandungan video pada gajet anak anda supaya anda tidak perlu menjelaskan perkara ‘dewasa’ yang mungkin sukar mereka fahami. Sekiranya anda tidak pasti bagaimana untuk melakukannya, ikuti langkah-langkah berikut untuk bertukar ke Mod Selamat: 

  1. Buka YouTube pada tetingkap browser anda.
  2. Klik butang ‘Masuk’ biru di sudut kanan atas skrin dan ikuti arahan untuk masuk. Setelah anda masuk, tatal ke bawah ke bahagian bawah halaman dan klik butang Keselamatan.
  3. Klik ‘Hidupkan’ dan kemudian klik butang ‘Simpan’. Untuk mengunci perubahan ini supaya tiada siapa yang boleh menukarnya tanpa kata laluan anda, klik “Kunci mod keselamatan pada penyemak imbas ini.” Anda akan diminta memasukkan kata laluan anda. Sebaik sahaja maklumat itu dimasukkan, ciri ini dikunci dan hanya boleh diaktifkan semula dengan memasukkan kata laluan anda sekali lagi.
  4. Anda boleh cuba semak jika kawalan ibu bapa telah diaktifkan dengan melakukan carian. Jika anda melihat frasa “Sesetengah keputusan telah dialih keluar kerana mod Keselamatan diaktifkan”, ini bermakna anda telah berjaya melakukan bahagian anda sebagai orang dewasa yang bagus. 

Nota editor: Selain daripada di YouTube, anda juga boleh mengaktifkan SafeSearch di Google – sekali lagi, ia membantu menapis kandungan yang tidak sesuai dengan menyekat hasil carian. Hanya pergi ke penapis Carian Google dan di bawah ‘penapis SafeSearch’, anda boleh menyemak kotak di sebelah ‘Hidupkan SafeSearch’. Dan jangan lupa untuk simpan perubahan yang dibuat!

sumber : https://edureviews.com/

#ans #unitar #unitartopcentre