Dari Meja Ketua Pengarah

Selamat datang kepada semua pengunjung portal Institut Teknologi A.N.S,

Saya amat berbesar hati dan sukacita mengalu-alukan anda ke portal ini yang merupakan salah satu usaha kami untuk menghubungkan A.N.S dengan komuniti luar.

“ Pendidikan Setara Untuk Semua” bukan lagi impian yang tak terlaksana.         Saya yakin, Institut Teknologi A.N.S mempunyai potensi tersendiri dalam mengukuhkan asasnya sebagai sebuah Institut Pengajian Tinggi yang stabil dan berdaya saing serta mampu menyumbang ke arah perkembangan kemajuan modal insan di Malaysia. Untuk beberapa tahun yang lalu, kami telah membuktikan bahawa kami masih teguh, dan bersatu dalam mendokong idealisme ini.

Institut Teknologi A.N.S berazam menjadi institusi pendidikan tinggi terulung di Malaysia dengan memberi penekanan terhadap pendidikan dan latihan yang berkualiti melalui sistem pengurusan dan pendidikan yang strategik, efektif, responsif dan relevan; prasarana yang lengkap dan persekitaran yang kondusif dalam menghasilkan graduan yangberkualiti dan berdaya saing.

Akhir sekali, saya berharap agar segala maklumat dan data yang disediakan melalui portal ini akan memberikan manfaat kepada semua pihak. Seterusnya menjadi medium mendekatkan pengguna dengan Institut Teknologi A.N.S.

Menggapai Impian Bersama A.N.S

Tuan Haji Mohd Nasir Idris
Ketua Pegawai Pengarah
Institut Teknologi A.N.S

TOP